Happy Birthday Sofea dan Uwais !!
Bulan 7 ni genapla Sofea 3 tahun , Uwais pula genap sudah 2 tahun.. Semoga sentiasa didalam lindungan Allah .. Diberikan kesihatan dan kebahagian yang berpanjangan..
TQ mommies sudi bawa kek dan snack untuk diraikan bersama anak-anak yang lain..
Hantar anak seawal 2 tahun ke sekolah ? Perlukah ? Setiap parents punyai pendapat mereka tersendiri . Tak kisah mana-mana pun , mereka lebih tau mana yang terbaik untuk si comel tersayang kan ??
Kalau tanya pendapat saya , jawapannya.. Jika nak anak cepat matang , cepat pandai bergaul dan berdikari.. Terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerjaya , saya sangat sarankan mereka untuk hantar anak ke tadika :)
Secara umumnya bila bekerjaya , masa para ibu amat terhad dengan anak-anak..Segala perkembangan mereka sering terlepas pandang . Jadi.. Kenapa perlu ke sekolah ??
Memang mereka masih kecil ..Sangat tidak patut untuk kita beri tekanan kepada mereka seawal usia ini. Namun , kelebihannya jika ke sekolah awal mereka akan didedahkan secara langsung atau tidak langsung tentang praktikal solat , disiplin , adab dan serba sedikit tentang teknik asas membaca . Tiada sebarang bentuk tekanan atau paksaan untuk anak seusia mereka belajar terutamanya melalui buku ! Untuk anak sekecil mereka , proses pembelajaran hanyalah melalui Audio Visual atau 'Play-based Learning' . Sambil lompat-lompat , main-main pun mereka dapat menghafal bacaan solat , surah-surah pendek.. selawat , dan doa .
Mereka akan dimasukkan ke kelas dan belajar menggunakan buku jika parents mereka yang minta , dan kami memang ada sediakan programme ini yang dinamakan Pre-Kindy. Programme ini khusus untuk anak-anak seawal usia 3 tahun yang sudah punyai minat menulis dan mewarna.
Nak maklumat lebih lanjut ? Whatsapp saya sekarang : 012-2855061

Comments
Post a Comment