Kursus Teknik Asas Pertolongan Cemas untuk para guru ARK

Nak jaga 35 orang kanak-kanak 1 centre yang sememangnya bersifat fragile ni , paling tidak basic tentang teknik pertolongan cemas ni wajib ada untuk setiap guru.. PENTING SANGAT !!

Sekurang-kurangnya ilmu untuk merawat luka , tangan /kaki yang terseliuh.. kanak-kanak muntah atau tersedak.. Langkah-langkah awal untuk menangani masalah-masalah seperti ini sangat penting dan perlu di ambil perhatian .

Oleh sebab itu , kesemua para guru di Ar-Rayyan Kids wajib menghadiri kursus-kursus seperti ini. Yang penting , kursus pertolongan kecemasan ini telah disampai sendiri oleh pegawai bertauliah dari Kementerian Kesihatan . Maklumlah , tadika ARK ni adalah tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Jadi kursus-kursus asas seperti  ini wajib dihadiri oleh para guru..



Apa itu Pertolongan Cemas ?

Pertolongan cemas bermaksud memberi rawatan terawal kepada sebarang kecederaan atau penyakit. Kita mungkin tidak menyedarinya tetapi sering kali prinsip pertolongan cemas ialah ‘common sense’ dan kita pernah melakukannya sebelum ini. Selalunya, kecemasan kecil tidak memerlukan  rawatan lanjutan selepas pertolongan yang asas. Ada kalanya, pertolongan cemas dapat menyelamatkan nyawa sementara menanti bantuan yang sebenar sampai. Tetapi harus diingat, pertolongan cemas bukanlah rawatan lengkap dan bukanlah sebagai ganti rawatan oleh profesional terlatih.



Rawatan untuk hidung berdarah .

Hidung berdarah kadangkala nampak menakutkan, tetapi masalah ini sebenarnya perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya bukan keadaan yang serius, dan mudah dirawat.

Tahukah ibu bapa sebab utama mengapa kanak kanak hidung berdarah adalah kerana tabiat mengorek hidung? Tetapi apakah yang menyebabkan anak suka korek hidung?
Rembesan hidung kanak-kanak yang terdedah kepada udara kering akan kering menjadi keras, dan membentuk kerak. Kerak ini tidak selesa, dan kanak-kanak akan cuba untuk mengeluarkannya dengan mengorek hidung dengan menggunakan jari mereka. Tabiat ini boleh menyebabkan kecederaan pada salur-salur darah di dalam hidung sehingga luka dan pendarahan berlaku.


Tetapi bukan itu sahaja punca kanak kanak hidung berdarah. Terdapat sebab-sebab lain juga mengapa ini boleh berlaku:
  • Trauma – hidung yang terhantuk pada sesuatu yang keras ataupun selepas ditumbuk, akan cedera dan menyebabkan pendarahan. Ini tidak semestinya bermakna batang hidung itu patah atau apa-apa yang serius telah berlaku.
  • Jangkitan sinus, alahan, atau demam selesema yang teruk – hidung yang tersumbat teruk atau terdapat apa-apa yang merengsakan hidung juga boleh mengakibatkan kanak kanak hidung berdarah. Terutamanya apabila anak menghembus hidung dengan terlalu kuat.
  • Udara kering – rembesan hidung akan menjadi kering sehingga menyebabkan anak suka korek hidung.
  • Jangkitan bakteria atau impetigo – lapisan dalam hidung mudah terdedah kepada jangkitan daripada bakteria. 
  • Masalah pembekuan darah – Jangan bimbang, keadaan ini jarang berlaku, kecuali didiagnosis oleh doktor.

Cara untuk merawat kanak kanak hidung berdarah



  1. Galakkan anak menghembus hidung dengan perlahan, untuk mengeluarkan ketul-ketulan darah beku.
  2. Kemudian, dudukkan anak dengan keadaan menyandar ke depan, dan tekan bahagian hadapan hidung  (bahagian yang lembut dan bukan batang hidung) dengan mengunakan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit.
  3. Galakkan anak untuk bernafas melalui mulutnya.
  4. Letakkan tuala sejuk atau kain yang berisi ais batu pada dahi dan bahagian atas hidung. Ini dapat menolong untuk mengecutkan salur-salur darah di hidung, dan menghentikan perdarahan dengan lebih cepat.
  5. Sekiranya perdarahan tidak berhenti, bawa anak untuk berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Bawa anak ke hospital dengan segera jika anak berasa pening, nampak pucat, atau terdapat perdarahan yang tidak terkawal dan berterusan.
Sumber: Ask Dr SearsNHS





Comments

Popular posts from this blog

School Field Trips ?? Hooray !!

Sambutan Hari Guru di Tadika Ar-Rayyan Kids , Bangi