Sambutan Hari Guru di Tadika Ar-Rayyan Kids , Bangi

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.



Sempena Hari Guru ni , Tadika ARK mengadakan jamuan secara potluck. Pelbagai juadah di bawa oleh anak-anak ke sekolah bagi meraikan para guru..

Beberapa acara permainan dijalankan untuk anak-anak , antaranya pertandingan mewarna ,menyanyi dan quiz.. Jadi anak-anak gembira , para guru pun terhibur !!  :)


Comel je kan ? Kek pun ada.. meriah meja makan..


Khusyuknya anak-anak mewarna..

 Gambar kenang-kenangan .. Seriously , kerja dengan budak-budak ni langsung tidak stress !! Renyah tu biasa la kan.. Anak-anak syurga , penyejuk hati..  Dalam-dalam tengah marah sekalipun pun , bila tengok wajah tidak berdosa diorang ni , terus rasa cool je.. 

TQ anak-anak untuk hadiah , senyuman , gelak tawa yang diberikan..

Hadiah untuk para guru..

Hadiah untuk anak-anak pula..  :)


Comel sangat kan mereka semua ? Terima kasih para ibu bapa diatas sumbangan yang telah diberikan.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kursus Teknik Asas Pertolongan Cemas untuk para guru ARK

School Field Trips ?? Hooray !!