Posts

Showing posts from July, 2018

Sambutan Hari Guru di Tadika Ar-Rayyan Kids , Bangi

Image
Tujuh belas tahun rindu tersemat, Tanjung Aru tempat berjumpa, Enam belas Mei tarikh keramat, Jasa guru jangan di lupa. Anak kancil pergi berguru, Tidak terbiasa kerja yang sia, Dari kecil diasuh guru, Agar dewasa menjadi manusia. Sempena Hari Guru ni , Tadika ARK mengadakan jamuan secara potluck. Pelbagai juadah di bawa oleh anak-anak ke sekolah bagi meraikan para guru.. Beberapa acara permainan dijalankan untuk anak-anak , antaranya pertandingan mewarna ,menyanyi dan quiz.. Jadi anak-anak gembira , para guru pun terhibur !!  :) Comel je kan ? Kek pun ada.. meriah meja makan.. Khusyuknya anak-anak mewarna..  Gambar kenang-kenangan .. Seriously , kerja dengan budak-budak ni langsung tidak stress !! Renyah tu biasa la kan.. Anak-anak syurga , penyejuk hati..  Dalam-dalam tengah marah sekalipun pun , bila tengok wajah tidak berdosa diorang ni , terus rasa cool je..  TQ anak-anak untuk hadiah , seny...

Kursus Teknik Asas Pertolongan Cemas untuk para guru ARK

Image
Nak jaga 35 orang kanak-kanak 1 centre yang sememangnya bersifat fragile ni , paling tidak basic tentang teknik pertolongan cemas ni wajib ada untuk setiap guru.. PENTING SANGAT !! Sekurang-kurangnya ilmu untuk merawat luka , tangan /kaki yang terseliuh.. kanak-kanak muntah atau tersedak.. Langkah-langkah awal untuk menangani masalah-masalah seperti ini sangat penting dan perlu di ambil perhatian . Oleh sebab itu , kesemua para guru di Ar-Rayyan Kids wajib menghadiri kursus-kursus seperti ini. Yang penting , kursus pertolongan kecemasan ini telah disampai sendiri oleh pegawai bertauliah dari Kementerian Kesihatan . Maklumlah , tadika ARK ni adalah tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Jadi kursus-kursus asas seperti  ini wajib dihadiri oleh para guru.. Apa itu Pertolongan Cemas ? Pertolongan cemas bermaksud memberi rawatan terawal kepada sebarang kecederaan atau penyakit. Kita mungkin tidak menyedarinya tetapi sering kali prinsip pertol...

Cuti sekolah yang panjang.. Apa plan ibu-ibu untuk anak syurga tersayang ??

Image
Program Cuti Sekolah (Mac 2018) Ar-Rayyan Kids   Bila hampir tiba musim cuti sekolah , ibu-ibu pun mesti pening kepala kan , apa la aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti..Tak kan nak dibiarkan mereka bermain game seharian , BUANG MASA !! Ibu nak bekerja pun tak senang hati.. kot ye diorang main game dalam rumah.. Kalau keluar rumah ? Tak ke naya.. Tapi ibu-ibu zaman moden ni dah bijak..Mereka akan hantar anak-anak ke program-program cuti sekolah . Kebanyakannya memilih program-program yang berunsur Islamic , hafazan , dan lain-lain.. Begitu juga dengan Tadika Ar-Rayyan Kids ni , program cuti sekolah untuk anak-anak seawal usia 2-12 tahun turut diadakan sepanjang seminggu pada cuti pertengahan sekolah penggal pertama. Lima hari , lima program ! Antaranya program Art Mania , SciencEasy , Mathtastics , Junior Chef dan Solat Camp .Memang anak-anak akan seronok sepanjang program diadakan. Selain dapat kawan-kawan baru , banyak juga ilmu yang anak-anak pela...