Cuti sekolah yang panjang.. Apa plan ibu-ibu untuk anak syurga tersayang ??

Program Cuti Sekolah (Mac 2018) Ar-Rayyan Kids 



 Bila hampir tiba musim cuti sekolah , ibu-ibu pun mesti pening kepala kan , apa la aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti..Tak kan nak dibiarkan mereka bermain game seharian , BUANG MASA !! Ibu nak bekerja pun tak senang hati.. kot ye diorang main game dalam rumah.. Kalau keluar rumah ? Tak ke naya..


Tapi ibu-ibu zaman moden ni dah bijak..Mereka akan hantar anak-anak ke program-program cuti sekolah . Kebanyakannya memilih program-program yang berunsur Islamic , hafazan , dan lain-lain..

Begitu juga dengan Tadika Ar-Rayyan Kids ni , program cuti sekolah untuk anak-anak seawal usia 2-12 tahun turut diadakan sepanjang seminggu pada cuti pertengahan sekolah penggal pertama.

Lima hari , lima program ! Antaranya program Art Mania , SciencEasy , Mathtastics , Junior Chef dan Solat Camp .Memang anak-anak akan seronok sepanjang program diadakan. Selain dapat kawan-kawan baru , banyak juga ilmu yang anak-anak pelajari :)

Yang tak pernah ke sekolah tu , ini lah masanya ibu-ibu nak beri pengalaman terindah buat anak-anak :)




Programme Mathtastics


Seronok dan excited sangat anak-anak.. Selain belajar mengira , aktiviti ini juga dapat membantu meransang motor-motor halus dan kasar anak-anak..

SciencEasy !

Kali ni mereka belajar membuat bouncy ball  :) . Kami hanya  menggunakan bahan-bahan yang mesra kanak-kanak ya. Ibu-ibu jangan risau !

Semua anak-anak berpeluang membuat bouncy ball mereka sendiri. Main uli-uli tepung ni memang fav anak-anak kan ? Saintis cilik in the making !!

Art Mania

Peacocks are so beautiful !! Happy sangat anak ini dengan peacock comelnya.. Anak pintar ini belum pernah ke sekalah lagi . Baru berusia 4 tahun. Tapi steady je , semangat sejak hari pertama menyetai  program cuti sekolah kami :). Semua aktiviti disertai dengan penuh minat !!




Junior Chef in da house !!

Anak-anak syurga buat Pizza Balls sendiri u ollss !! Kemain happy masing-masing..Dari tuang tepung , uli tepung , cincang hotdog , masukkan inti.. semua mereka buat sendiri.. Paling best..kesemua Pizza Balls yang dihasilkan lembut dan gebu..  konfiden je teachers pack kan untuk anak-anak bawa balik :)


Solat Camp

Solat Camp pada hari terakhir program cuti sekolah iaitu pada hari Jumaat ! Selain belajar dengan lebih terperinci tentang solat , bacaan Iqra , cerita kisah Sirah Nabi juga turut didedahkan pada anak-anak..

Pendek kata kesemua aktiviti yang dijalankan di sepanjang program cuti sekolah di Tadika Ar-Rayyan Kids adalah menggunakan kaedah Hands-On Learning . Anak-anak are more engaged and focused when they're working on hands-on projects :)

Bukan anak-anak je , kita yang dah tua ni pun , kalau belajar based on lecturing sahaja  pun konfem la mengantuk dan bosan !

Program best je , mesti mahal kan ?? Eh.. tak la ibu-ibu.. Ar-Rayyan Kids caj 1program/day = RM35 sahaja!! Bermula jam 9.30am - 11.30am..

Kalau untuk anak-anak ARK sedia ada caj hanya serendah RM20/slot sahaja..




Maklumat lanjut boleh hubungi Pn.Wani : 012-2855061














Comments

Popular posts from this blog

Kursus Teknik Asas Pertolongan Cemas untuk para guru ARK

School Field Trips ?? Hooray !!

Sambutan Hari Guru di Tadika Ar-Rayyan Kids , Bangi